Apa Beza ACP Awning dengan Polycarbonate?

Ramai di antara kita tak jelas tentang perbezaan awning rumah yang pelbagai material ini. Untuk post kali ini, Abang Besi akan terangkan secara mudah antara info dan perbezaan tentang apa beza Awning Poly dengan Awning ACP (Aluminum Composite Panel)

Apa itu Awning ACP? Apa Itu Awning Poly?

awning poly vs awning acp

Selalunya apa bila kita nak pasang awning baru di rumah ni, pasti ada beberapa lokasi utama yang menjadi pilihan hati sang suami serta si isteri.

  • Awning Porch depan rumah
  • Bumbung belakang rumah, sekali dengan tempat laundry
  • Awning di beranda atas
  • Bumbung awning tambahan di bahagian tepi rumah
  • Mix and match antara semua di atas

Sebelum kita nak kaji tentang awning jenis apa yang sesuai bagi lokasi lokasi di atas. Jom kita fahamkan dulu apa itu awning acp, dan apa itu awning poly?

 

Ini hasil carian di Google:

Polycarbonate is a strong thermoplastic material that is lightweight and can withstand extremely low and high temperatures. This durable and practical roofing material is perfect for conservatories, patios, and deck areas, but it’s not practical to cover the entire roof of a house

 

Aluminium composite panels (ACP), made of aluminium composite material (ACM), are flat panels consisting of two thin coil-coated aluminium sheets bonded to a non-aluminium core. ACPs are frequently used for external cladding or facades of buildings, insulation, and signage.

Secara mudah nya, Polycarbonate adalah sejenis bahan  thermoplastik ringan untuk atap yang tahan lasak dan boleh tahan suhu di tahap paling rendah dan paling tinggi.

 

Manakala ACP pula adalah sejenis bahan rata yang di bina daripada 3 lapisan iaitu 2 lapisan aluminum komposit di atas dan bawah dan di lekatkan dengan sejenis bahan teras di tengah-tengah.

 

Jom Kita Lihat Macamana Sebenarnya Bentuk dan Gambar Awning ACP & Poly ni sebenarnya

 

Untuk Polycarbonate awning, ada beberapa ciri yang membezakannya dengan ACP awning:

  1. Poly lebih mudah di bawa kerana ianya boleh di gulung
  2. Ketelusan cahaya masuk melaluinya adalah 50% hingga 80% bergantung kepada jenama dan material
  3. Boleh pilih samada perlu untuk jenis solid (dua dua bahagian telus cahaya dan permukaan licin) atau jenis emboss (satu permukaan licin, satu permukaan menggerutu. Lebih mudah maintain)
  4. Harga yang lebih mahal kerana design lebih pelbagai dan nampak elegan
  5. Perbezaan ketebalan akan berlaku perubahan harga. (2.5mm, 3.5mm & 4.5mm)
  6. Ketahanan awning ini selalunya 7 – 10 tahun sebelum anda perlu salin atap baru

 

ACP Awning

ACP Awning

 

Untuk ACP awning pula, ini adalah beberapa ciri yang membezakannya dengan Poly awning:

  1. Aluminum adalah flat material dengan setiap papan bersaiz 4 kaki lebar. Tidak boleh di gulung.
  2. Cahaya tidak dapat masuk, rumah akan lebih sejuk. Ruangan bawah atap akan memantulkan cahaya dan nampak lebih moden.
  3. Pelbagai jenis pilihan warna di bahagian atas, tetapi untuk pilihan di permukaan bawah hanya pilihan putih dan flash silver sahaja.
  4. Harga lebih kos efektif (lebih murah drpd polycarbonate) dan material lebih murah serta tahan lasak
  5. Standard ketebalan adalah 2.5mm – 3.0mm
  6. Ketahanan awning ini selalunya 10 – 13 tahun sebelum anda perlu salin atap baru

 

Soalan Lain yang anda akan tertanya sebelum menempah awning acp atau poly:

  1. Awning perlu tiang atau Awning tak perlu tiang, mana lagi bagus?
  2. Boleh ke jika mix material ACP, Zink atau Poly dalam satu awning?
  3. Perlu ke untuk dapatkan kebenaran pihak berkuasa sebelum memulakan project awning?
  4. Pegola awning versus Frame jenis square. Mana yang anda lagi berkenan?
  5. Berapa lama ketahanan setiap awning ini?

 

 

Lihat Galeri Penuh Senarai Produk Abang Besi Dengan Klik Di Sini

 

Dan soalan paling cepumas adalah : Berapa Harga atau Cara Kiraan untuk awning rumah?

 

Harga awning acp , poly dan zink selalunya di kira berdasarkan jumlah kaki persegi. Maknanya kiraan selalunya di lakukan menggunakan 2 Dimensi sahaja, iaitu : Panjang x Lebar x Harga Material

Harga Material mengikut kiraan Abang Besi adalah seperti berikut:

  • RM24 untuk ACP Awning
  • RM27 untuk Polycarbonate 2.5mm (Add RM2 setiap kali naik 1.0mm)
  • RM18.50 untuk Zink Awning
  • RM55 untuk Glass Awning (Thickness 10.87mm)
  • RM19 untuk Strawpoly awning
  • RM20 untuk Metaldeck with Sponge Awning

Contoh cara kiraan adalah seperti berikut:

Andaian saiz porch awning anda daripada dinding rumah ke luar gate depan adalah 20 kaki x 14 kaki. Guna ACP awning

Luas kaki persegi adalah 20 x 14 = 280 sqft. Darabkan dengan jenis material anda iaitu RM24 untuk ACP

Total Harga : RM6,720

 

Harga di atas sudah termasuk :

  • Material awning, material frame, segala jenis barang kelengkapan
  • Pemasangan dan pembuatan
  • Penghantaran di sekitar Lembah Klang
  • Tenaga kerja
  • Warranty drpd syarikat Abang Besi selama 1 tahun

 

 

Untuk Maklumat Lanjut boleh hubungi Shamel (0173319063) atau klik button whatsapp di bawah. 

Teruskan membaca artikel – artikel kami yang lain. Abang Besi dalam misi membantu rakyat Malaysia mendapatkan pilihan yang lebih bijak dalam renovasi rumah dan kerja-kerja besi. Terima Kasih

Call number yang tertera, atau Whatsapp kami sendiri dengan klik button whatsapp atau messenger di bawah.

Lihat antara Hasil Kerja kami di Facebook Page atau Channel Youtube Kami

#acp #awning #awning acp #awning murah #awning pergola #awning rumah #buat awning sendiri #cara memasang awning #cara membuat awning #cara pasang acp #cara pasang acp awning #cara pasang atap awning #cara pasang awning #cara pasang awning rumah #cara pasang awning tudung #cara pasang besi awning #cara pasang siling awning #diy cheap awning #diy cheep awning #how i did an awning #installation of awning acp design pergola  #join acp #membuat awning #pasang acp #pkp buat awning #retractable awning #test #testing #tips #trick

149 Komen

  1. Latifah abdol latif

    Artikel yang disiarkan amat berguna, terutama bagi orang yang tidak tahu langsung tentang jenis awning, harga setiap jenis, kebaikan dan keburukan setiap satu dan harganya. Ia juga membantu seseorang membuat anggaran harga bagi sesuatu project yg melibatkan pemasangan awning. Terbaik!!!

    • amirrasyraff

      Pm nombor fon yg buat di ukm bangi

      • Abang Besi Admin

        Boleh hubungi team kami 0143317340

        • Wafiy

          area jawi penang ada?

          • Abang Besi Admin

            setakat ni kami cover area kl selangor sahaja cik

    • Rasmaniah

      salam dah lama saya guna poly…sekarang poly tu sudah pecah2, tapi struktur tetulang baik lagi.
      nak tanya, boleh ke saya nsk tukar lapisan poly saja, berapa harga….12x12kaki.
      kalau saya nak tukar ke ACP, adakah perlu dibuang tetulang tu dan dibuat baru….berapa harga?

      • Abang Besi Admin

        Boleh pakai tulang lama, reinstall semula atap sahaja. RM18 utk acp, RM21 utk poly. harga per sqft

  2. Hanafiah

    Assalamualaikum
    Boleh ke ACP awning buat melengkong

    • Abang Besi Admin

      ACP tidak boleh melengkung tuan. Sebab material dia triple layer lurus dan tidak boleh lentur. If poly atau strawpoly boleh

      • Roszana

        Ya, melengkung…huhu..cantik dan cahaya masuk..tapi..sangat x tahan lama

    • Norazmi Ismail

      Sy di kota warisan salak tinggi, nak buat awning belakang level atas, 22’x6′ boleh tuan buat quotation dan bila penghantaran barang dan pemasangan dijangka dpt dilakukan sekiranya saya bersetuju ngan quotation tuan

      • Abang Besi Admin

        anggaran pemasangan sekitar 2-3 mggu. utk harga better kita tgok site dahulu atau tuan boleh wsp kami 0143317340 utk gambaran site

  3. Hj Rusilan

    Assalamualaikum, nk tanya ni saya ganti awning lama saya jenis ACP, 14 x 14 parking kete, tapak lama masih kukuh, hanya nk ganti ACP je… Blh hantar saya sebut harga tak… Lokasi ampang jaya… Tk

    • Admin Abang Besi

      Yes boleh tuan. Boleh wsp saya di 0173319063. Kita caj ganti atap sahaja

  4. Nagarajan

    Kalau saya mahu ACP tergantung lebar 7 kaki x panjang 33 kaki, bolehke?

    • Abang Besi Admin

      Kalau 7 kaki mmg boleh tergantung. Takde masalah

    • Abang Besi Admin

      Hi , ya boleh tanpa tiang asalkan tak lebih drpd 7 kaki ke depan

  5. Nak Buat awning car porch berbentuk bumbung di Kota Seriemas Nilai.Boleh ke!

    • Abang Besi Admin

      Yes boleh tuan. Boleh wsp saya di 0173319063

  6. hamdan

    kenapa awning acp berbunyi apabila panas.

    • Abang Besi Admin

      Dia berbunyi secara crack-crack atau bunyi kerana hentakan air lalu cik?

  7. Hafiz Idrus

    Jangka hayat Poly-carbonate brape lama?

    • Abang Besi Admin

      Bergantung pada penggunaan, lokasi site rumah dan cuaca sekitar. Selalunya 7 – 12 tahun

      • Roszana

        Itulah..abang besi, dah crack guna poly…

  8. Norshahima

    Jika nak buat ACP Awning utk beranda bahagian atas luas 20×10 boleh ke gantung shj tanpa tiang..

    • Abang Besi Admin

      Untuk panjang 10 kaki perlu tiang utk kukuh frame nya cik. 7 kaki ke bawah boleh tanpa tiang

  9. Salam bang. Saya nak tukar roofing shj 15×6 area Bandar Enstek. Struktur masih ok.

    • Abang Besi Admin

      Ok boleh. kami terima, boleh klik button mesej di bawah utk hubungi team sales kami

  10. zulkarnain

    Bumbung lama guna polycarbonate bersaiz 22 x 18, kalau nak tukar kepada ACP frame besi lama masih boleh digunakan ke dan kalau boleh digunakan adakah harganya pemasangan ACP sama

    • Abang Besi Admin

      Penggunaan frame besi lama boleh digunakan jika semua frame masih intact dan tidak karat atau rosak. Kita akan repaint balik semula dan letakkan atap baru

      • Mohammad Hafiz

        Brapa tukar acp sahaja 8 x 11

  11. Ape beza acp dn zink….
    1. Ketebalan
    2. Warantee

    • Abang Besi Admin

      Zink lebih nipis 0.25, ACP pula tebal 4.0mm. Warantee ketahanan lebih kurang sama. Tetapi ACP lebih tahan sikit

  12. Jaslizan b.abd jalil

    Berapa kos utk 882 kaki persegi 12mm glass awning..brown colour

    • Abang Besi Admin

      Untuk glass setakat ni belum ada brown color. Kalau Polycarbonate ada

  13. SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF

    Assalamualaikum, rumah saya d Tg. Malim, Perak. Boleh dtg untuk pemasangan ke?

    • Abang Besi Admin

      Wasalam, setakat ni area Perak kami belum cover lagi cik

  14. Assalamualaikum. Kalau ACP saiz 22 X 50 kaki boleh ke buat tergantung tanpa tiang Tuan? Kalau ACP tergantung berapa maksimum panjang dan lebar boleh buat dengan selamat?
    ACP Tuan ada berapa jenis? Kualiti dan harga ada berbeza-beza ke? Area Saujana Impian Kajang boleh ke?

    • Abang Besi Admin

      Untuk ACP Tergantung tanpa tiang lebar kene bawah drpd 7 kaki tuan. ACP ade satu jenis je tapi pelbagai warna pilihan. Area tuan kita boleh cover no probs. Kami cover seluruh Lembah Klang

      • Rudzi

        ACP awning dkt car porch mana lebih baik,cantik dan tahan lama

        • Abang Besi Admin

          Tengok pada preference tuan rumah juga, ada yg nak masuk cahaya pakai poly. kalau nak sejuk pakai acp

  15. Yusri

    ACP ada yg bole tembus cahaya utk jemur baju di belakang?

    • Abang Besi Admin

      Untuk ACP semua memang tak boleh tembus cahaya tuan. Boleh consider Poly atau Glass

      • Hazwan

        Kenapa awning acp ada bunyi seperti letup ketika panas / waktu siang. Malam xde pulak. Bukan sebab hujan.

  16. Haidi

    Kenapa acp sy bergaris garis mcm kena cakar kucing di bhgian bwh acp? Kdg2 ada air

  17. Kak Siti

    Assalamualaikum,
    Akak nak pasang awning kat porch. Akak tinggal di Seksyen 32, Shah Alam. Boleh datang untuk pemasangan ke?

  18. Chee

    Can quote for warehouse entrance?

  19. Ghani

    Mengapa atap ACP berbunyi crack crack sekitar jam 9 keatas apabila cuaca panas

    • Abang Besi Admin

      Normally ACP takkan crack, Poly akan ada crack kerana Poly mnggunakan bahan mudah lentur. Selalunya kalau ACP crack besar kemungkinan menggunakan material yang kurang tebal, lebih murah drpd standard punya atau ada campuran material lain juga. Boleh rujuk kontraktor binaan encik untuk lebih lanjut

  20. Naj@dean

    Tuan Abg Besi, nk tnye mane lg bgus & berkualiti di antara awning (porch) ACP dgn Poly?

  21. zaidi

    sy kat melaka, boleh buat tak?

    • Abang Besi Admin

      Melaka boleh buat kalau job harga lebih RM4k kita takkan caj penghantaran

  22. Nasrul

    Kenapa harga poly lagi mahal dari harga ACP?

    • Abang Besi Admin

      Harga poly mmg lebih mahal drpd ACP kerana supply price drpd supplier material cik

  23. Nozie

    Bumbing ACP ada pilihan warna ke? Adakah perbezaan ketebalan material APC ada berkait dengan ketahanannya?

    • Abang Besi Admin

      Semua bumbung ACP thickness adalah 4.0mm. Warna boleh pilih semasa kita buat site visit kita akan bawa sample bersama

  24. Mohd

    Assalamualaikum.
    Sekarang ni dah boleh buat keja awning ke?
    Saya nak ganti awning sekarang size 20ft x 13 ft.
    Frame masih elok.
    Berapa anggaran

    • Abang Besi Admin

      Wslm boleh buat. Awning kalau ganti atap sahaja kita boleh ambil. no probs

  25. Sia

    Pemasangan ACP di sungai besar selangor ,Boleh Kah? kalau Boleh ,Bagi nombor telephone contact?

  26. Assalamualaikum, Glass 10ka X 10ka lebih kurang berapa
    Area semenyih

  27. azmi abdul jalil

    Tuan nak tanya area seremban buat tak…. Saya nak ganti polycarbonate yang sekarang….

    rgds
    azmi abdul jalil

  28. Mohd Saleh Mohamaf

    Salam saya nak pasang awning cadangan polycorbane material panjang lebih kurang 26 kaki lebar 4 kaki, alamat rumah Keramat KL.

    • Abang Besi Admin

      Wslm, baik mmg boleh. harga rm27 per sqft. Ni kalu 4 kaki kite cdg poly tanpa tiang

  29. Ahmad zaki

    Area sungai besar selangor boleh pasang ke? Berapa kos utk kawasan parking 20’x15′ termasuk 2 batang tiang roman

    • Abang Besi Admin

      Boleh cover tiada masalah. boleh wasap 0173319063 (shamel) utk keterangan lanjut.

  30. Amy

    Perlu minta permit ke?
    Berminat nak pasang ACP roof untuk rumah baru.

    • Abang Besi Admin

      Normally atap dan awning ni under temporary structure, bukan struktur batu. Jadi tak perlu minta permit dalam kebanyakan situasi

  31. meera

    Ada cover area pajam negeri sembilan tak?

    • Abang Besi Admin

      Boleh cover no problem

  32. Hassim

    Klu balcony dah guna ksyu boleh pasang poly kah?

    • Abang Besi Admin

      Boleh, cuma harap kayu tu tidak reput lagi. kita akan cabut atap sheet lama dan ganti baru. harga utk tukar atap sahaja, maintain rangka lama

  33. Suria

    Sesuai ke ACP utk laundry area ?

    • Abang Besi Admin

      ACP sesuai je di Laundry area, tapi kalau dekat kawasan yg nak sidai baju better pakai Poly sebab masuk cahaya

      • Roszana

        Saya guna poly…, x sampai seminggu dah crack..mujur tukang buat awning ni…ckp…boleh ganti kpda acp…supya x crack lgi

  34. Lim Seok Hga

    How much to make ACP roofing with mild steel frame and or aluminium frame to cover airwell measuring 7.6ft by 9 ft?

    • Abang Besi Admin

      Boleh share gambar site ke 0143317340. kita advise

  35. Nazri

    AsSalam. Ada cover area Port Dickson. Cadang nk pasang awning.

    • Abang Besi Admin

      Wslm ya boleh cover

  36. saya nak pasang atap di bhg dapur belakang dan poly di bhg laundry area location puncak alam.

    • Abang Besi Admin

      Ok boleh cik. puncak alam dekat je dgn kita. boleh whatsapp 0143317340

  37. Zulkifli Mohd Yusoff

    Salam Abang Besi
    Ada buat repair work tak!. Awning polycarbonate sy terkeluar sebab kucing bergaduh atas awning. Tebal 4.5 mm & area kelana jaya. Tq.

    • Abang Besi Admin

      setakat ni repairworks kami tak ambil cik

  38. Kartini

    Sslam. Says bercadang nak buat ACP awning ukuran 20′ x 8′ . Perlu tiang? Jenis rumah berkembar. Boleh beri saya sebutharga. Klu guna tiang berapa besarkah tiang

    • Abang Besi Admin

      Kalau 20 x 7 tak prlu tiang, 20 x 8 kalau guna tiang maybe size 3 x 3 atau 4 x 4

  39. Aishah

    Hai. Sy nak pasang awning kt porch. Tp area situ juga laundry n tmpt sidai kain. Poly boleh tembus cahaya tp sy xnk awning fully poly. Any suggestion ke?

    • Abang Besi Admin

      Boleh pasang maybe susunan gabung poly dan acp. di bahagian lain acp, di tempat sidai pakai poly

  40. Bell

    Salam saya nak tanya, kalau polycarbonate ni telus cahaya maksudnya dia akan panas atau teduh juga ya?

    • Abang Besi Admin

      Poly akan masuk 30% cahaya, jadi dia still teduh

  41. Zarif

    Kalau nak pasang awning acp, area cyberjaya cover tak bos?

    • Abang Besi Admin

      Area cyberjaya mmg kami cover

  42. Miza

    Salam..rumah saya mmg pasang acp awning tp x penuh…bole ke buat extension..nk tambah lg 4kaki…tq

    • Abang Besi Admin

      Bergantung kepada frame asal tu macamana, boleh share gambar rumah ke 0143317340 utk kita tengok dulu

  43. Wan

    Salam bang. Kalau nak pasang awning poly sahaja. Frame dah. Keluasan 6×4 kaki berapa yer?

  44. Niku

    Ada service di kkb?

    • Abang Besi Admin

      ya. kkb boleh cover. Whatsapp pada 0143317340 utk site visit

  45. Haniza

    Assalamualaikum En Besi

    Saya perlu bantuan utk pasang awning d backyard
    Panjang 220cm lebar 80cm.
    (Jenis melengkung)
    Rumah jenis Aparment (Walk-up) di tingkat 1 ada ground level)
    Hanging Box grill sedia ada tanpa awning.
    Grill perlu dicat semula.
    boleh berikan sebutharga ya.

    • Abang Besi Admin

      Buat masa sekarang, highrise atau apartment kita tak ambil cik

  46. Natrah

    Salam..klu utk wet kitchen (bangunan tambahan) atap acp sesuai x? Atau ade jenis atap lain yg lebih sesuai?

    • Abang Besi Admin

      selalunya di cadangkan web kitchen ni buat mix antara poly dan acp. kawasan nak jemur baju letak poly, supaya masuk cahaya. kawasan lain acp, biar sejuk sikit

      • tarmizi

        salam tuan,

        utk area puncak alam cover tak?

        • Abang Besi Admin

          ya boleh cover. boleh wsp kami 0143317340 utk tempahan. kami di kuang sahaja

  47. Wan

    lebar antara tiang paling maksimum utk pemasangan ACP

    • Abang Besi Admin

      lebar tiang bergantung pada saiz, selalunya kalau lebar setiap strip acp adalah 4 kaki

  48. Nadhirah

    Aik, kena tipu dgn kontraktor ke saya. Kata ACP lagi mahal, 3 kontraktor saya tanya. Tapi baca artikel ni, ACP murah sikit…

    • Abang Besi Admin

      ya acp lebih murah cik

  49. Ismail Ibrahim

    Assalaamu’alaikom abg besi yg budiman.
    Sy bercdg utk memasang awning di balcony jenis ACP dgn size 10′ x 25′.
    Mohon beri sy quotation.

    • Abang Besi Admin

      Boleh wsp kami di 0143317340 utk tempahan. Anggaran harga adalah rm24 per sqft

  50. Ismail Ibrahim

    Mohon dptkn quotation utk ACP awning berukuran 10′ X 25′

    • Abang Besi Admin

      cara kiraan: rm24 x 10 x 25
      kalau ok boleh wsp kami di 0143317340 ya

  51. Khuzairi

    Kalau frame dah ada, harga boleh kurang lagi ke? Lokasi: wangsa maju

    • Abang Besi Admin

      boleh tuan. rm18 per sqft utk acp

  52. Adiey

    Assalamualaikum… Kalau awning 19×3, material apa yg bagus & tahan lama?

    • Abang Besi Admin

      di cadangkan buat acp utk tahan lama. saiz 20 x 4

  53. Hapesah

    Saya nak buat awning ACP porch 20 x 10. Sy pernah tengok ada rumah yang buat ACP awning besi ada kerawang. Tuam boleh buat ke ? Berapa anggaran harga ?

    • Abang Besi Admin

      yup boleh buat. anggaran rm24 per sqft. kerawang ada tambahan sekitar rm1200 tgok pada saiz

  54. Faizah Binti Muhmad Tak

    Gambar yang paling atas tu ACP awning ke?
    Saya plan nak pasang pergola ACP. Tapi ACP ni buat dalam rumah kurang pencahayaan ke?
    . .

    • Abang Besi Admin

      ya acp ni dia tak masuk cahaya, dia pantulkan cahaya tuan. Sedikit gelap jika dalam rumah

  55. Aishah

    Salam..
    Saya nak buat tambahan ruang basah (sink & laundry) dan ruang kering utk rehat2 ditepi rumah. Apa atap yg sesuai? ACP atau genting atau mixture genting & ACP? Tkasih

    • Abang Besi Admin

      Bergantung pada ketinggian dan layout rumah. ACP ok kalau nak buat ruang terbuka sikit. kalau tertutup better genting

  56. Kak Intan

    Saya bercadang nak buat awnibg di porch . Rumah di kawBanting. Boleh cover ke tuan.

    • Abang Besi Admin

      boleh tuan. boleh wsp kami di 0143317340 utk soalan lanjut ya

  57. Santhi lailasam

    Apa beza antara alumbond awning dengan aluminium awning?

    • Abang Besi Admin

      rasanya sama sahaja. dua dua acp, beza pada brand

  58. Addy

    Saya di Melaka klu 10kaki X 10Kaki guna ACP brapa hrga

    • Abang Besi Admin

      rm2400 tuan

  59. Hatiah

    Assalamualaikum. Rumah saya setingkat, tapi Kalau nk buat bumbung acp utk tambahan rumah bahagian atas 22×30 berapa anggaran hg?

    • Abang Besi Admin

      bole wsp pada kami 0143317340 utk gambar site. kami cuba bagi anggaran harga

  60. Yap

    Masalah kebocoran. Untuk polycarbonate, masalah saya ialah bila hujan, ruangan sambungan polycarbonate tu bocor. Kalau dengan ACP, masalah macam ni berlaku ker?

    • Abang Besi Admin

      Ruang sambungan bocor maybe kerana masalah tukang salah pasang saiz, ada ruang di antara strip. atau kerana tak guna aluminum bar di tengah; hanya silicon sahaja. kalau guna acp dengan kerja tukang yg sama; still akan brmasalah

  61. Hj perlukan advise dan qoatation, boleh datang Rawang ke?
    nak ubah bentuk . sekarang guna polycarbonate. dah rosak

    • Abang Besi Admin

      boleh. tuan bole wsp kami alamat 0143317340

  62. Augustus

    24 kaki X 14 Kaki
    pakai poly carbonated
    Untuk porch depan rumah

    • Abang Besi Admin

      Boleh wsp kami alamat. 0143317340; kita akan dtg utk measurement dan bagi harga

  63. Husna

    Assalamualaikum. Boleh buat di Teluk Intan?

    • Abang Besi Admin

      jika gate, kita bole cover teluk intan. takda mslh

  64. Aida Sabli

    Harga sekarang utk ACP awning utk car porch ukuran 70 x 14.. Berapa en besi?
    Akk duk di bdr baru salak tinggi, sepang.

    • Abang Besi Admin

      RM24 per sqft utk ACP full installation sekali frame dll. Boleh wsp 0143317340 utk tempahan

  65. Omar Saad

    Assalamualaikum. Adakah pihak Tuan boleh buat kawasan kedah(kulim)

    • Abang Besi Admin

      maaf, kami cover sekitar kl selangor je setakat ni

  66. Pak Harry

    Salam bang. Kalau nak pasang awning ACP 2mm p sahaja. Frame dah. Keluasan 19 kaki X 7 kaki.

    berapa harga ACP paling nipis dan harga pasang screw sahaja sebsb frame dah ada ?

    • Abang Besi Admin

      acp semua 4mm cik. harga around rm18 per sqft

  67. Fairuz

    Assalamualaikum tuan. Boleh bagi perbandingan antara ACP dan metal deck with sponge tak?

    • Abang Besi Admin

      harga berbeza rm1, metaldeck lebih tebal sikit tapi acp lebih sejuk. dua dua tak bunyi bila hujan

  68. Azarul

    Boleh saya tanya, apakah kelebihan dan kelemahan metaldeck berbanding PU metal?

    Yang mana tahan lama? Lebih 10 tahun?
    Kurang bising bila hujan lebat atau panas terik?
    Harga?
    Yang mana lebih tak panas, redup?

  69. Chew Jolyn

    Hi Sir
    My kitchen roofing uses the old fashioned awning. Currently it leaks when rain.
    can you advise what type of awning roofing to replace?

    • Abang Besi Admin

      maybe can change to acp awning or metal awning. depend on the site condition

  70. Siti

    setelah sy baca komen2 diatas, sy blm jelas pasal bunyi crak2 kalau cuaca panas pda bumbung acp, bunyi crak crak tu di sebab kan apa ya?..boleh jelaskan lagi?..tq..

    • Abang Besi Admin

      Bunyi crack sekiranya poly. di sebabkan oleh perubahan cuaca panas ke sejuk. dia adalah medium mudah lentur jadi akan berbunyi ketika berubah bentuk tu. jika acp yg berbunyi adalah kerana pakai acp gred rendah selalunya org jual pada harga rm17 ke bawah per sqft

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Hai, boleh kami bantu anda? Hantar mesej kepada kami melalui Facebook Chat atau WhatsApp. kami sedia membantu anda.

Chat Dengan Kami WhatsApp Kami