Tips Membeli Pagar Rumah Moden Malaysia

Tips Membeli Pagar Rumah Moden Malaysia

 

Tips untuk beli pagar rumah modern ni sebenarnya ada beberapa layer. Paling penting kita mesti nak kena tahu kehendak dan kemampuan masing-masing daripada kita dahulu. Selalunya anda semua yang beli gate rumah baru ni sebenarnya antara 3 -4. sebab ni saja kan?

1 – Rumah tengah renovate, nak kena beli gate baru dah ni

2 – Gate lama da rosak, urgent nak beli gate baru sebab safety.

3 – Saja tukar angin nak gate baru alang alang tengah ade budget lebih ni.

4 – Bini/suami suruh tukar gate baru sebab yang lama dah tak sedap tengok.

 

Betul tak? Ok sebelum anda buat keputusan rushing-rushing, better anda baca dulu antara tips-tips di bawah. Maybe akan membantu anda dalam membuat keputusan yang betul untuk beli pagar rumah untuk rumahku syurgaku. Kami akan timbulkan beberapa persoalan dan anda sendiri yang perlu jawab. Tepuk dada, tanya selera.

Soalan 1 – Jenis Reka Bentuk Gate / Pagar Rumah Anda

a – Folding, Swing atau Sliding?

Swing gate adalah pagar rumah yang buka dua daun, selalunya di gunakan untuk gate saiz 13 kaki ke bawah. Selalunya gate jenis ini memerlukan selak di tengah gate, dan juga di bahagian bawah untuk lock daripada berhayun.

Folding gate adalah gate yang lipat empat frame, selalunya di gunakan untuk saiz 14 kaki dan ke atas. Gate jenis ini memerlukan track dan roda untuk bergerak. Tetapi ada juga jenis trackless. Track atau trackless bergantung kepada keupayaan autogate anda.

Sliding gate adalah pagar rumah jenis luncur, ada satu frame sahaja. Normally anda perlukan double size untuk gate ini. Contohnya, bukaan tembok 10 kaki; anda perlu ada extra lagi 11 kaki di sebelah kanan tembok. Gate jenis ini selalunya di buat untuk rumah lot yang mempunyai size bukaan yang besar.

Gate kecil pula terbahagi pada dua jenis, ada yang nak built in terus dalam gate. Ada juga yang buka satu daun di sebelah tepi gate utama anda.

 

Anda mungkin tertanya tanya juga, Bagaimana nak tahu anggaran size pagar anda kan? Sebelum nak contact tukang besi, mesti nak agak – agak dulu harga; betul tak?

Tips mudah daripada Abang Besi: Jika gate anda bila buka tu muat satu kereta, maknanya gate tu 12 kaki. Jika boleh muat 2 kereta, anggaran saiz adalah 16 kaki.

b – Bentuk pagar rumah jenis Petak atau Arch type?

Pagar rumah moden selalunya akan berbentuk square dan tinggi mengikut ketinggian tembok rumah anda. Untuk pagar jenis arch, selalunya tuan rumah yang menyukai flower art design gate dan jenis besi wrought iron.

c – Perlu ambil kira juga berat dan ketahanan pagar anda.

Ketahanan pagar anda di kira melalui beberapa perkara termasuklah ketebalan besi, jenis design, dan finishing work akhir semasa proses fabrikasi logam.

 

Soalan 2 – Apakah Design Gate Pilihan Anda?

  1. Mild Steel
  2. Aluminum
  3. Meshwire
  4. Mixglass Gate
  5. Lasercut Gate
  6. Custom Gate
Abang Besi pembuat pagar rumah no 1 Malaysia

Gate Jenis Flower Art Design 

Abang Besi pembuat pagar rumah no 1 Malaysia

Meshwire Gate

Laser Cut Gate

Aluminum Gate

Standard Mild Steel Gate

**(Harga di dalam gambar adalah harga tahun 2020, sila rujuk produk katalog terkini untuk harga update)

 

Soalan 3 – Anda nak add on Autogate Atau Tanpa Autogate?

Autogate system selalunya adalah add on kepada pembelian pagar rumah baru. Sangat jarang jika ade penjual yang memasukkan harga promosi di sekalikan gate + autogate. Sistem autogate memerlukan anda untuk menyediakan wiring tambahan di dua belah tembok pagar anda. Kalau anda ada perasan rumah anda tu ada wayar yang terkeluar drpd tanah di tembok, itu adalah wiring autogate sedia ada.

Trackless and non trackless untuk pagar rumah anda

  • Yang membezakan trackless dan non trackless adalah landasan paip / railing di tengah-tengah laluan gate.
  • Trackless autogate bermakna sistem autogate itu tidak memerlukan landasan dan autogate arm trackless cukup kuat untuk menampung berat pagar dan sistem pembukaan pagar anda.
  • Manakala autogate yang tidak trackless pula akan mempunyai roda untuk menampung berat pagar dan pembukaan pagar anda.

Perlu autogate atau tidak

  • Sistem autogate tidak semestinya mesti di lakukan sekali dengan pemasangan gate. Ianya boleh di lakukan di kemudian hari, jika tidak perlu sekarang; boleh tambah kemudian
  • Sekiranya gate anda hanya mempunyai satu bilah bukaan sahaja, tidak perlu anda pasang autogate itu. Contohnya pagar kecil untuk laluan motor selalunya hanya bersaiz 3 kaki sahaja. Tidak perlu autogate

 

Soalan 4 – Mild steel, Stainless steel, Aluminum; Apa Bezanya?

Mild Steel

Pagar Mild steel maksudnya pagar yang di perbuat daripada besi keluli (selalunya bersaiz 2.5 x 1.5 inci atau 2 x 3 inci). Pembuatan samada frame sahaja mild steel atau keseluruhan pagar di perbuat drpd mild steel. Pagar ini boleh berkarat dan memerlukan maintenance di kemudian hari.

Stainless steel

Stainless steel pula adalah besi bersinar (shining) yang berwarna silver (perak) dan tidak akan berkarat. Ianya tidak boleh bergabung dengan jenis besi lain dan jenis gate ini sangat popular 10 – 15 tahun yang lepas. Selalunya gate ini di buat menggunakan besi jenis bulat dan pembuatan gate ini mengambil masa yang lama untuk di siapkan.

Aluminum

Aluminum gate terbahagi kepada dua jenis gate di pasaran:

  • Gate fully aluminum : Sepenuhnya di perbuat drpd aluminum dan sangat ringan. Sesuai di padankan dengan trackless autogate tetapi harga nya agak mahal sekitar RM10k – RM25k bergantung kepada saiz dan design pilihan.
  • Gate semi aluminum : Frame di perbuat daripada mild steel, tetapi design dalam penuh dengan aluminum. Harga dan design yang paling kos efektif dan terkenal di masa sekarang. Aluminum tidak akan berkarat dan less maintenance di perlukan.

Soalan 5 – Bagaimana Kiraan Saiz & Harga standard dalam market?

Cara kiraan harga berbeza untuk setiap kontraktor dan penjual servis pagar rumah di Malaysia.

  1. Mengikut Size Lebar Gate sahaja : Harga di tentukan mengikut design dan kiraan lebar sahaja. Tinggi mengikut tembok.
  2. Size per sqft : Harga di tetapkan berdasarkan saiz tinggi darab lebar. Kiraan berdasarkan kaki persegi
  3. Harga mengikut selera : Ada juga kontraktor yang mengikut situasi tempat dan jenis customer. Tiada spesifikasi harga. Kadang-kadang sewaktu musim high demand, harga melonjak. Dan low season harga sangat rendah.
  4. Cara kiraan harga berdiskaun : Anda boleh nego harga bergantung kepada saiz projek rumah anda. Makin banyak projek yang di berikan, lebih banyak diskaun boleh di beri.

 

Di Abang Besi, cara kiraan kita adalah fix (tetap) mengikut kiraan saiz lebar dan design. Boleh lihat katalog penuh kami dan sudah ada harga untuk setiap design pilihan. Cuma darabkan sahaja dengan saiz gate anda. 

 

 

Soalan 6 – Apakah Tempoh Siap Pembuatan & Jadual Pasang untuk tempahan pagar rumah ni?

 

Proses pembuatan gate selalunya akan mengambil masa yang berbeza mengikut design dan saiz. Pembuatan selalunya akan mengambil masa 2 hari – 5 hari. Anggaran ini termasuklah tempoh menunggu barang sampai, pembuatan frame, penyiapan accessory dalaman, dan finishing akhir.

Tempoh siap kebiasaannya 10 hari – 14 hari (termasuk masa pembuatan); sekiranya perlu untuk special order plate nama atau proses powdercoating di kilang, akan ada tambahan masa yang lebih lagi.

Pemasangan gate akan mengambil masa 2 jam ke 6 jam untuk setiap gate.

 

Soalan 7 – Bagaimana nak dapat Warranty & Kualiti Workmanship Pagar Rumah yang bagus?

 

Warranty setaun akan di beri untuk setiap barang-barang besi. Dalam tempoh sebulan yang pertama pastikan anda monitor daripada sudut Joint dan finshing touch supaya tiada karat yang keluar atau tiada accesorry yang tanggal. Jika berlaku sebarang permasalahan, hubungi terus service provider anda untuk touchup dan trouble shooting process.

Tempoh ketahanan kebiasaan nya sekiranya semua cantik dalam sebulan pertama ni adalah 7 – 13 tahun akan bertahan gate anda.

Maintenance sendiri boleh di lakukan setiap 3 – 5 tahun termasuklah mengecat semula gate, atau menukar bearing telinga gate kepada yang baru.

 

Logo Abang Besi pembuat pagar rumah no 1 Malaysia

Logo Abang Besi pembuat pagar rumah no 1 Malaysia

Soalan 8 – Memilih Tukang Pagar yang betul

 

Bangla dan bengkel “kampung” : Pilihan ini adalah pilihan yang tepat sekiranya anda memerlukan gate pada kadar yang segera (3 hari – 7 hari siap) dan jika servis provider ini berada berdekatan dengan anda. Tetapi ada sedikit risiko sekiranya mereka tidak berdaftar atau jika bengkel itu hanya lokasi sementara.

Kedai/Bengkel Fabrikasi Logam :  Syarikat yang beroperasi seperti ini adalah pilihan yang selamat sekiranya anda boleh menunggu 2 minggu – 4 minggu untuk siap. Boleh datang untuk monitor dahulu hasil kerja sebelum pemasangan untuk memastikan tempahan yang di buat tepat mengikut spesifikasi yang anda minta.

Abang Besi :  Abang Besi merupakan salah satu syarikat pembuatan barang-barang besi yang beroperasi ke seluruh Lembah Klang. Kami mempunyai department kami sendiri untuk memproses setiap tempahan anda. Boleh lawat premis kita di Sg Buloh atau request terus site visit kepada Sales Team kami di talian 0173319063 sekiranya anda perlu pendapat atau idea tambahan tentang proses pemasangan di kediaman anda.

 

Lihat Galeri Penuh Senarai Produk Abang Besi Dengan Klik Di Sini

Servis kimpalan Pagar Rumah drpd abang besi. Bagus atau tidak?

 

Syarikat adalah milik penuh Bumiputera, tetapi kami harap anda membeli dengan kita berdasarkan kualiti servis dan workmanship produk kami. Customer base kami adalah satu Malaysia tidak kira kaum.

Datang sendiri ke bengkel, dan berurusan terus dengan wakil jualan atau customer servis kami sekiranya inginkan sebarang pendapat atau maklum balas. Jika bersedia, barulah kita buat site visit ke lokasi anda.

Lihat gallery job kami yang terdahulu, samada di website ini atau di facebook kami. Sekiranya anda suka apa yang anda lihat, jangan bertangguh untuk hubungi kami.

Call number yang tertera, atau Whatsapp kami sendiri dengan klik button whatsapp atau messenger di bawah.

Lihat antara Hasil Kerja kami di Facebook Page atau Channel Youtube Kami

#gate #gate rumah #pagar #pagar rumah

24 Komen

  1. angeline

    Hi
    I nak tukar gate. Boleh recommend tak ?

    • Abang Besi Admin

      Hi cik, boleh sahaja. Boleh tengok galeri koleksi gate kami di home section

  2. norlin

    Terbaik….banyak manfaatnya baca artikal ni..terima kasih abg besi

  3. riz

    saya nak buat standard gate. boleh share quotation. no saya 019-2809921

  4. Venga

    Nak Tukar gate

  5. Safri

    Sy berminat utk menukar ke gate baru dan dilengkapi dgn system autogate. Bolehkah saiz gate customade atau ianya fix?

    • Abang Besi Admin

      Size mmg custom made mengikut size bukaan tembok setiap rumah

  6. Ida

    Saya berminat utk tempahan gate boleh hubungi saya 0123676911

    • Wan

      Nak bertanya gate 14 kaki dan autogate . Berapa harga?

      • Abang Besi Admin

        Harga bergantung kepada size dan design. boleh lihat di bahagian blog kita utk cara ukuran gate dan katalog kita utk design pilihan katalog

  7. Cecilia

    Saya hendak tukar gate. Iron gate yang tidak berkarat. Black and gold.Automatic gate dan ada side gate yang kecil.

  8. Nak tyn abg besi..nk tmph pagar kecik stainless steel boleh.sy kawasan jenderam dengkil..

    • Abang Besi Admin

      Boleh cik. hbungi shamel 0173319063

  9. Kalau elektrik xde,mcmna nak buka gate kalau guna autogate?

    • Abang Besi Admin

      Selalunya semua autogate standard akan ada 48jam backup batery utk isu putus letrik

  10. Amira

    Klau rangka besi dh ada, nk tukar atap ACP shj brp kira ye? Utk saiz 20×20

    • Abang Besi Admin

      Harga ikut harga pasaran semasa. boleh whatsapp pada 0143317340 ya

  11. Lena Lee

    Stainless steel + acrylic plastic bottom with stainless steel bar (to protect rats from running in)
    12 ft width ( 2 gates) 5 ft tall
    Pls give a quote . Thank You

    • Abang Besi Admin

      Can send design of preference to 0143317340

  12. Dino

    saya baru je buat gate dalam 6 ke 7 bulan lepas. harga dalam 3k+ tapi dah berkarat terukk. bila ketuk besi tu pun rasa mcm kosong je. call tukang pagar pun dah tak angkat dah. agak ii kalau mcm tu biasanya diorang guna besi apa yer ?

    • Abang Besi Admin

      Dia pakai besi hollow, tetapi maybe sedikit ringan atau nipis punya jenis kot cik

  13. Sy bercadang nak tukar pintu gate jenis 2 daun pintu kepada pintu gate lipat 4 dan nak yg jenis alluminium..
    Lebar pintu 12 kaki..
    Boleh tolong kirakan harganya..

    • Abang Besi Admin

      Harga swing dan folding sama sahaja. Boleh whatsapp pada 0143317340 utk ketrangan lanjut ya

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Hai, boleh kami bantu anda? Hantar mesej kepada kami melalui Facebook Chat atau WhatsApp. kami sedia membantu anda.

Chat Dengan Kami WhatsApp Kami