Pagar Trackless & Autogate Trackless

Anda Nak Buat Pagar Trackless?

 

Pagar Trackless ini maksudnya adalah gate tanpa roda, tanpa track. Ianya boleh buka sendiri tanpa laluan di bawah pagar.

 

Jadi sebenarnya; Pagar Trackless ni sebenarnya anda ada dua pilihan:

1 – Boleh buat Swing Gate sahaja jika saiz 9 – 14 kaki.

2 – Buat Folding Gate yang Trackless

 

Cumanya utk trackless ni, design agak limited sedikit. Sebab kita perlukan material yang ringan utk pastikan ketahanan gate tu boleh tahan 8 – 15 tahun. Kekuatan gate trackless bukan macam gate yang ada roda di mana berat gate tu support datang daripada roda dan railing akan pastikan ianya tak keluar drpd landasan.

Mari kita fahamkan lebih details lagi ya tuan puan; ttg gate trackless yang di idamkan ramai pemilik rumah masa sekarang ini.

Untuk gate yang melebihi 12 kaki yang bukan swing, kekuatan bearing tidak lagi mampu untuk menampung berat gate. Untuk pagar folding pula, supaya pagar tidak berayun dan menyebabkan bearing patah atau tembok batu pecah; kita kena pastikan supaya pergerakan bukaan sesebuah pagar itu mengikut sudut dan laluan yang selari sepanjang masa.

 

Di sebabkan itu, anda perlu untuk menggunakan Trackless Auto Gate yang bagus sekiranya anda ingin membuat Folding Gate Trackless. Gate sahaja tidak mencukupi. Perlu support drpd autogate juga.

 

Persoalannya; Mahal ke Trackless Autogate ni?

Boleh ke Saya Guna Autogate Sedia Ada?

Saya Nak Pakai Gate sedia ada, saya Install Trackless Autogate je. Boleh tak?

Untuk sesebuah gate yang ingin anda tempah, selalunya harga adalah berdasarkan kaki Panjang atau sqft.

 

Sebagai contoh; gate 16 kaki pada harga RM270 sekaki Panjang

Bersamaan dengan 16 x RM270 = RM4320 untuk dapatkan gate sahaja

 

Untuk trackless autogate,

Autogate sahaja yang berjenama adalah lebih kurang RM1,500 – RM2,000

Arm Trackless tambahan on top of Autogate tersebut berharga RM3,000 selalunya

Jadi harga autogate trackless anda adalah kurang lebih RM4,500 – RM5,000++ bergantung pada jenama

 

Total kos untuk gate dan autogate trackless paling kurang anda boleh sediakan RM8,000 – RM10,000++ bergantung pada saiz dan design gate juga.

 

Saiz, setting , dan jarak antara dinding batu serta ruang bawah gate bagi sebuah gate trackless pula sama sekali berlainan dengan gate biasa yang bukan trackless. Jadi, Anda tidak boleh convert gate sedia anda kepada trackless. Mesti buat gate baru yang sesuai.

 

Design Pilihan utk Trackless Autogate pula macamana?

 

Stainless Steel dan Gate jenis fully besi atau Wrougth Iron tidak di galakkan untuk di buat trackless kerana ianya mempunyai berat yang besar dan tidak mampu di tamping oleh autogate trackless bagi jangka masa Panjang.

 

Jenis trackless design yang di cadangkan adalah gate fully aluminum (frame aluminum) atau gate semi aluminum (Frame Mild steel, Dalam Aluminum) kerana ianya adalah ringan dan sturdy utk ketahanan jangka masa Panjang.

 

Namun, gate fully aluminum selalunya adalah agak mahal berbanding semi aluminum seperti perbandingan di bawah.

 

Gate 14 kaki

Gate Aluminum Fully : RM1,000 x 14 = RM14,000

Gate Semi Aluminum : RM270 x 14 = RM3,780

 

Dan ini belum lagi kita tambah dengan trackless autogate yang kita ada ceritakan di atas.

 

Pagar Sliding pula bagaimana? Boleh buat jadi Pagar Trackless ke?

Pagar sliding memang perlukan track berkonsepkan linear samada ke kiri dan ke kanan. Jadi memang tidak boleh utk kita buatkan ia sebagai pagar trackless.

 

Kami harap artikel ini membantu anda semua untuk membuat keputusan dan lebih faham tentang intipati lagi lanjut mengenai Trackless Autogate. Lihat antara kerja kerja past project kita dengan klik di sini.

 

Boleh klik butang mesej di bawah atau isi borang soalan bagi penjelasan lagi lanjut drpd team kami.

 

Terima Kasih!

 

 

 

0 Komen

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Hai, boleh kami bantu anda? Hantar mesej kepada kami melalui Facebook Chat atau WhatsApp. kami sedia membantu anda.

Chat Dengan Kami WhatsApp Kami