Tips Membeli Awning Rumah di Malaysia

Tips untuk Anda yang Tak Tahu Bagaimana Nak Beli Awning Baru di Malaysia

 

Untuk Tips kali ini kami daripada Abang Besi ingin membantu anda untuk bagaimana sebenarnya nak beli awning rumah yang sesuai, selesa dan terbaik untuk jangka masa panjang bergantung kepada jenis awning mengikut kesesuaian citarasa rumah anda. Boleh teruskan membaca jika ianya sesuai dengan apa yang anda sedang cari sekarang,

 

Kesesuaian Lokasi Rumah dan Kenapa Pasang Awning?

Bila kita bicara tentang awning, ianya akan merangkumi 5 lokasi sahaja di rumah anda iaitu:

  • Awning Porch
  • Awning Balkoni
  • Awning Dapur
  • Awning Tepi Rumah
  • Awning Luar Rumah

Awning ni apa sebenarnya? Awning ni adalah satu struktur baru yang kita bina untuk kita letak atap di kawasan rumah kita. Kira sebelum ni hujan dekat atas balkoni, lepas letak atap kita boleh gunakan balkoni sebagai ruang santai untuk kita lepak lepak dengan family.

 

Kalau sebelum ni kena lari drpd dalam kereta nak bawak anak masuk dalam rumah, lepas anda pasang awning porch; tak perlu lari dah. Jalan Slow Mo pon anda tak kena hujan. Untuk ruang dapur pula, lepas anda da pasang awning, boleh lah kita letak set bbq kat belakang rumah, nak basuh baju pon senang, jemur baju pon da lebih mudah. Tak kena hujan dah, dan ketika panas terik pon dah tak panas.

 

Kos pembuatan awning pula pastinya lebih murah berbanding anda nak tambah dinding batu dan atap genting baru.

Awning juga adalah struktur temporary (sementara) , jadi selalunya anda tak perlu untuk hantar submission ke majlis dll prosedur.

 

 

Jenis Awning yang Anda Nak Pilih

Ada beberapa pilihan awning yang boleh anda pilih bila anda baru nak pilih awning ni. Boleh KLIK SINI juga untuk tengok beberapa sample material. Saya akan tuliskan beberapa contoh seperti di bawah untuk memudahkan pembacaan anda juga.

 

Awning ACP

Harga untuk Awning ACP adalah sekitar RM24 per sqft, untuk ketebalan 4mm pada frame yang solid dan tahan lama.

Ada yang jual lebih rendah pada kualiti yang lebih nipis dan besi yang lebih kecil. Pilihan bergantung kepada pengguna juga.

ACP Awning tidak telus cahaya, pantulkan cahaya. Rumah lebih sejuk tetapi sedikit gelap.

Awning Polycarbonate

Harga untuk Awning Poly adalah sekitar RM27 per sqft, untuk ketebalan 2.5mm pada frame yang solid dan tahan lama.

Untuk harga yg lebih murah, boleh cuba straw poly tetapi tidak tahan lama. Ketahanan yang lebih bagus adalah poly yang lebih tebal pada 3.5mm – 5mm tetapi harga boleh pergi hingga rm48 per sqft.

Poly Awning telus cahaya, selalunya 30%-40% masuk cahaya. Sesuai untuk buat di kawasan laundry.

Awning Metaldeck

Harga untuk Awning Metaldeck adalah sekitar RM18 – RM24 per sqft, untuk ketebalan 0.8mm ke atas. Frame yang di gunakan lebih kecil dan nipis kerana tidak perlu menampung atap yang terlalu berat.

Ada yang jual termasuk dengan span, untuk serap hentakan supaya tak bising semasa hujan. Pilihan bergantung kepada pengguna juga.

Metaldeck Awning tidak telus cahaya, pantulkan cahaya. Nama lain adalah awning zink.

Awning Glass

Harga untuk Awning Glass adalah sekitar RM45-RM60 per sqft, untuk ketebalan 10mm ke atas. Frame awning lebih besar, solid dan tahan lama. Available juga dalam bentuk I Beam atau T Beam.

Perlukan lamination untuk kemasukan cahaya yg lebih kurang. Selalunya di buat sebagai astetik value di kawasan depan atau tepi rumah. Tidak sesuai untuk saiz yang terlalu besar kerana akan meruap dan bahang kepanasan nanti.

Awning dengan Strip Panel

Ini adalah antara trend terbaru semenjak 2022, yang mana awning metal deck atau acp di bahagian atas; dan wujudnya siling seumpama bentuk kayu di ruangan bawah. Harga sekitar rm55-rm80 per sqft.

Selalunya akan pakej sekali dengan kipas, lampu dan wiring untuk ruangan tengah rumah atau bahagian porch dan balkoni atas.

Cara Kiraan Harga

Harga Per sqft

Harga kiraan awning selalunya secara mudah adalah dengan

Panjang x Lebar = kiraan luas dalam kaki per segi

Total di atas anda darabkan dengan harga setiap satu material

Harga tambahan mengikut Design

Sekiranya anda ingin tambah bunga, batang besi rapat-rapat atau ada alang seumpama ketupat. ianya akan ada tambahan harga bergantung kepada tukang besi; setiap satunya akan kos berbeza harga

 

Tambahan Gutter

Harga awning selalunya tidak termasuk gutter. Selalunya awning akan melurukan air hingga ke depan, dan air akan jatuh ke bahagian depan rumah jadi gutter tidak di perlukan lagi. Ramai yang salah sangka gutter itu perlu kerana sudah terbiasa dengan gutter atap genting di tengah rumah.

Sekiranya perlu untuk tambah gutter, normally harga sekitar RM60 per feet run

 

L shape

Ada awning yang berbentuk L Shape, sekiranya sebegitu;  boleh buat kiraan harga mengikut petak yang berlainan

Contoh

Petak A : 20 x 8

Petak B : 15 x 6

Jadi jumlahkan dua dua luas kaki persegi di atas dan darabkan dengan harga material

Trapezium Shape

Ada juga awning berbentuk segi tiga atau trapezium shape. Utk kiraan awning sebegini selalunya tukang besi akan kira menggunakan panjang yang paling panjang, darabkan dengan lebar yang paling panjang untuk dapatkan total kaki persegi sebelum kiraan harga.

 

Maintenance Awning untuk Jangka Masa Panjang

Anggaran ketahanan awning mengikut material sebelum anda perlu tukar kepada atap baru adalah sepertu di bawah.

7 Tahun : Strawpoly

15 Tahun : ACP Awning, Metaldeck

10 Tahun : Poly, Glass

 

 

Style Awning Pilihan Yg Sesuai dan Jenis Frame

Modern Shape

Berbentuk petak dan boleh letakkan gutter di bahagian hujung frame.

 

Pegola Shape

Nama lain adalah klasik atau “Bali Style”; mempunyai sedikit seni seperti ukiran kayu di bahagian hujung frame. Tidak sesuai utk letak gutter jika menggunakan awning shape jenis ini

Tulang Besi Kecil

Selalunya di gunakan utk awning jenis metaldeck/zink dan tidak banyak besi di gunakan sebagai support kerana zink agak nipis. Ketahanan boleh pergi hingga 20 tahun ke atas pada kos yang lebih rendah.

 

Tambahan Custom Alang

Alang di tengah-tengah awning ini boleh custom dan selalunya ada 3 pilihan:

  • Alang besar saiz 2 x 6 (sesuai untuk 18 kaki ke bawah)
  • Alang jenis ketupat (bergantung pada permintaan tuan rumah)
  • Alang Zigzag (selalunya untuk 20 kaki ke atas panjang)

Tiang Awning

Tiang awning yang di gunakan normally adalah pada saiz 3 x 3 atau 4 x 4. Bergantung bilangan tiang kepada kedudukan awning dan lokasi tembok rumah.

Ganti Atap Sahaja

Proses penggantian atap selalunya adalah tidak lama.

  1. Kita cabut atap lama, check frame masih boleh digunakan atau tidak.
  2. Repaint frame lama dan betulkan serba sedikit frame yg rapuh
  3. Pasang atap baru dan selesai

Selalunya mengambil 1-2 hari sahaja proses ganti atap ini.

 

 

 

Kami Harap artikel ini serba sedikit membantu anda dalam tips pemilihan awning baru anda. Sekiranya ada sebarang persoalan, ingin buat tempahan atau tidak pasti dengan pilihan anda; boleh tekan button whatsapp di bawah atau komen di bahagian bawah untuk kami bantu anda!

 

0 Komen

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Hai, boleh kami bantu anda? Hantar mesej kepada kami melalui Facebook Chat atau WhatsApp. kami sedia membantu anda.

Chat Dengan Kami WhatsApp Kami